Laman web Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Gua Musang. Informasi , maklumat mengenai aktiviti-aktiviti kokurikulum dan pengurusan kokurikulum di sekolah.

Memaparkan catatan dengan label unit beruniform. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label unit beruniform. Papar semua catatan

06 September 2011

Kokurikulum Bersambung Lagi

Sambutan  Aidilfitri dan Hari Merdeka Peringkat Sekolah



Setelah seminggu bercuti raya, akhirnya kita kembali ke sekolah. Kemeriahan Hari Raya masih lagi dirasai oleh murid-murid. Oleh itu pihak sekolah bersetuju untuk mengadakan sambutan Merdeka Raya 2011 peringkat sekolah pada:

Rabu (7hb Sep. 2011) bermula jam 10.45 pagi hingga 12.45 tgh. Semua murid di minta memakai Pakaian Raya (Baju Melayu, dsbnya) dan membawa kuih-kuih raya dari rumah untuk memeriahkan majlis.

Minggu ini juga, perjumpaan kokurikulum kita teruskan dengan perancangan asal. Perjumpaan Unit Beruniform akan diadakan pada hari Rabu jam 3.30 petang hingga 5.45 petang.

Semua murid tahap 2 diwajibkan hadir.

Semua murid dan guru sila ambil maklum. Terima kasih.


26 Ogos 2010

Penilaian Ko-Kurikulum

(SUMBER: BAHAGIAN SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA)
ASPEK PENILAIAN % MARKAH
Kehadiran 50
Jawatan disandang 10
Penglibatan 20
Pencapaian 20
JUMLAH 100
Jadual 2 (a)
Pasukan Badan Beruniform Anjuran Kementerian/ Jabatan Kerajaan dan Pasukan Kadet Remaja Sekolah (KRS)
JAWATAN MARKAH
Pegawai Waren I & II (KRS), Pegawai Waren II (PKBM), Pegawai Kadet Kanan (PA), Pegawai Kadet (Bomba), Sub-Inspektor (Polis) dan Inspektor Kadet (Koreksional/Penjara) 10
Staf Sarjan (KRS), Staf Sarjan/Bintara Kanan/Flight Sarjan (PKBM), Pegawai Waran Kadet (PA), Ketua Kadet (Bomba) dan Sarjan Mejar (Polis dan Penjara) 8
Sarjan, Bintara Muda (PKBM-L) dan Ketua Platun (Bomba) 7
Koperal, Laskar Kanan (PKBM-L) dan Penolong Ketua Platun I (Bomba) 6
Lans Koperal, Laskar Muda (PKBM-L), Laskar Udara (PKBM-U), Penolong Ketua Platun II (Bomba) 5
Ahli Aktif 4
Ahil Biasa 1
Jadual 2 (b)
Pasukan Badan Beruniform – Anjuran Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pancaragam Brass, Silat dan Taekwondo.
JAWATAN MARKAH
Ketua Trup, Ketua Pasukan/Pengerusi, Pegawai Muda, Ketua Puteri, Ketua Kadet, Band Major, Bengkung Merah dan Tali Pinggang Hitam (utk Hitam Merah= 9 markah) 10
Penolong Ketua Trup, Ketua Kumpulan, Ketua Utama Seksyen, Ketua Pasukan (S/Usaha), Sarjan, Drum Major/Asst. Band Major, Bengkung Hijau 3 dan Tali Pinggang Merah 2 8
Ketua Patrol, Setiausaha, Ketua Seksyen, Ketua Pasukan (Bendahari), Koporal, Percussion Leader, Bengkung Hijau 2 dan Tali Pinggang Merah 1 7
Penolong Ketua Patrol, Bendahari, Pen. Ketua Seksyen Kanan, Ketua Pasukan (AJK), Lans Koporal, Section Leader, Bengkung Hijau 1, Tali Pinggang Biru 2 6
Kuartermaster, Penolong Setiausaha, Pen. Ketua Seksyen, Ketua Kumpulan, Asst. Section Leader, Cula 3 dan Tali Pinggang Biru 1 5
Ahli Aktif, Penolong Ketua Kumpulan, Penolong Ketua Kumpulan, Class 3, Cula 2 dan Tali Pinggang Hijau 1 & 2 4
Tali Pinggang Kuning 1 & 2 3
Ahli Biasa, Class 4 & 5 dan Cula 1 1
Jadual 3
Kelab / Persatuan / Sukan / Permainan / Seni Bela Diri
JAWATAN MARKAH
Pengerusi / Presiden / Kapten Pasukan / Ketua Pasukan Sukan/Permainan / Ketua Rumah 10
Timbalan Pengerusi / Naib Pengerusi 8
Setiausaha / Bendahari 7
Penolong Setiausaha / Penolong Bendahari 6
Ahli Jawatankuasa 5
Ahli Aktif 4
Ahli Biasa 1
Jadual 4
PERINGKAT PENGLIBATAN MARKAH
Sekolah 8
Zon/Daerah/Bahagian 11
Negeri 14
Kebangsaan 17
Antarabangsa 20
Jadual 5
PERINGKAT PERTANDINGAN MARKAH
JOHAN NAIB JOHAN KETIGA
Sekolah 8 7 6
Zon/Daerah/Bahagian 11 10 9
Negeri 14 13 12
Kebangsaan 17 16 15
Antarabangsa 20 19 18
Gred Penilaian Kegiatan Kokurikulum

7.3.1 Gred penilaian setiap markah yang diperolehi adalah seperti berikut:

Jadual 6

GRED MARKAH

A Antara 80 hingga 100

B Antara 60 hingga 79

C Antara 40 hingga 59

D Antara 20 hingga 39

E 19 ke bawah
8. MARKAH BONUS

8.1 Markah Bonus diberi berdasarkan sesuatu jawatan kepimpinan yang disandang oleh murid/pelajar dan jawatan tersebut bertujuan membantu pengurusan dan pentadbiran sekolah.  Perjawatan tersebut merangkumi:





a) Perjawatan Peringkatan Sekolah seperti pengawas, pengawas perpustakaan, imam dan sebagainya.






b) Perjawatan Peringkat Rumah seperti Ketua rumah, Ketua bilik/asrama dan sebagainya.






c) Perjawatan Peringkatan Kelas seperti Ketua Kelas/darjah dan sebagainya.

8.2 Bagi setiap jawatan tersebut markah bonus diberikan sebagai pengiktirafan kepada murid di atas sumbangan perkhidmatan setiap tahun.  Markah bonus yang ditetapkan adalah seperti berikut:


Jadual 7
Bil Jawatan Markah Bonus


1. Ketua Murid 10


2. Timbalan/Penolong Ketua Murid 8


3. Ketua / Pengerusi badan-badan perkhidmatan atau pengurusan utama yang ditubuhkan untuk membantu sekolah – Pengawas/ Ketua Asrama / Ketua PRS / Kuartermaster 7


4. Penolong Ketua Asrama / Penolong Kuartermaster / Pengawas Pusat Sumber 6


5. AJK Utama Badan-badan perkhidmatan atau Pengurusan / Bendahari / Setiausaha / Ketua Biro Asrama / PRS / Penerima sijil dan lencana SLAD / PROSTAR / Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah / Pengawas  Koperasi 5


6. Ahli-ahli Jawatankuasa Perkhidmatan dan Sokongan : - AJK Kecil Biro / Ketua Bilik / Ketua Dorm / Ketua Kelas / Penerima sijil SLAD / PROSTAR 3


7. Penolong Ketua Kelas / Penolong Ketua Bilik / Ahli Kuartermaster 2

28 Julai 2010

Latihan dan Ujian Kenaikan Pangkat Siri 2

28hb Julai - Latihan kenaikan pangkat TKRS Siri 2 dilaksanakan pada hari ini dengan bimbingan guru-guru pemimpin Unit-Unit Beruniform SK Gua Musang.
"Haa.. ikat macam ni.." kata Cikgu Shukeri. 
Tunjuk cara oleh Cikgu Shukeri. 

Latihan dan ujian pada hari ini adalah kesinambungan dari siri pertama yang diadakan pada minggu lepas. Antara komponen yang dinilai pada hari ini adalah asas pertolongan cemas (anduh) dan kerohanian dan khidmat komuniti. Anggota-anggota ditunjuk-cara oleh Guru Pemimpin PBSM, Cikgu Shukeri sebelum dinilai oleh Cikgu Murniyati. Terima kasih kepada Cikgu Shukeri yang sudi memberikan tunjuk-ajar.

25 Julai 2010

Uniform Pergerakan Pandu Puteri Malaysia

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:

Kaum wanita diciptakan dari tulang rusuk dan tak dapat engkau luruskan walau dengan apa cara sekalipun. Jika engkau merasa senang kepadanya bersenang-senanglah, namun dia tetap saja bengkok. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya dia patah. Mematahkannya bererti menceraikannya.” -(Muslim) 



Image            Image
  Baju Kawad            Baju Pemimpin


Image             Image
  Baju Puteri               Baju Riadah

23 Julai 2010

Latihan dan Ujian Kenaikan Pangkat Siri 1

21 Jul - Seramai 20 orang anggota TKRS tahap dua yang telah terpilih hadir untuk mengikuti latihan intensif kawad kaki dan pengurusan khemah pada hari ini. Latihan kawad ini dikelolakan oleh Cikgu Murniyati dengan dibantu oleh jurulatih-jurulatih luar (murid SMKTIP1) manakala latihan pengurusan khemah pula diselia oleh Cikgu Azhar.

Latihan bermula pada pukul 4.00 petang dan tamat pada pukul 6.00 petang. Latihan yang diadakan secara sistem stesen ini membuahkan hasil yang memuaskan apabila squad lelaki berjaya melakukan kawad kaki dinamik dengan baik manakala squad perempuan pula berjaya mendirikan dan meruntuhkan khemah dengan kaedah yang betul.

Unit Kokurikulum mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kepada Cikgu murniyati, Cikgu Azhar dan murid-murid di atas usaha dan komitmen yang ditunjukkan.

Latihan ini akan bersambung dalam siri 2 dan 3 yang akan datang nanti. Bagi siri 2, latihan akan diteruskan dengan latihan pertolongan cemas dan kerohanian.

Ujian kemahiran juga diadakan terus sejurus selepas latihan, anggota yang telah berjaya mencapai kemahiran tahap asas akan dapat menduduki Ujian Kenaikan Pangkat Lans Koperal TKRS 2010 dan seterusnya layak untuk dipertimbangkan untuk Ujian Pangkat Koperal di bulan Oktober nanti.

"BERKAWAD ASAS DISIPLIN"

21 Julai 2010

T-Shirt Unit Beruniform

Salam sejahtera,

Kepada semua ibubapa, murid-murid SKGM.

Untuk membantu para pelajar mendapatkan uniform dengan mudah, pihak sekolah bersetuju untuk mendapatkan dan menjual T-Shirt unit beruniform dengan kadar harga rata yang amat murah dan berkualiti (BUKAN KAIN NIPIS). Walau bagaimana pun, stok t-shirt ini adalah terhad. 

Untuk semua jenis T-Shirt untuk unit beruniform ( Pengakap, PBSM, TKRS, Puteri Islam dan Tunas Puteri) harganya adakah seperti berikut :

Kadar istimewa untuk murid -murid SKGM sahaja:

Lengan panjang    = RM 18.00  RM 15.00
Lengan pendek    =  RM 16.50  RM 14.50

Sila ambil perhatian, pembelian T-Shirt melalui sekolah ini adalah tanpa paksaan dan pihak sekolah hanya bermaksud untuk memudahkan urusan pembelian T-Shirt unit uniform murid-murid. Ibubapa tidak terikat kepada sekolah dan boleh sahaja membeli di mana-mana kedai yang disukai.

Sistem yang digunakan adalah sistem tempahan. Ini bermakna murid-murid perlu menempah dahulu sebelum membayar dan seterusnya mendapatkan baju.

Untuk tempahan / pembelian, sila daftarkan nama kepada guru penasihat unit beruniform masing-masing. Sebarang  pertanyaan bolehlah berhubung dengan Penolong Kanan Kokurikulum sendiri dengan cara menelefon pihak sekolah atau tinggalkan pesanan di ruangan sembang di muka hadapan laman web ini.

Siapa cepat dia dapat.




Ujian Kenaikan Pangkat TKRS SKGM 2010

Ujian Kenaikan Pangkat Lans Koperal yang dirancang oleh sekolah sudah semakin hampir menjadi kenyataan. Perancangan awal, ujian ini akan dijalankan pada 2 dan 3 Julai 2010. Kursus pula diadakan secara dalaman akan berlangsung secara berkala selama 8 hari iaitu dari 20 hingga 28 Julai 2010. Aktiviti kursus, bengkel dan pengujian akan diadakan pada waktu petang.Walaupun pegawai-pegawai TKRS yang ada berada dalam keadaan sibuk dengan tugasan masing-masing, namun usaha untuk melaksanakan aktiviti TKRS di SKGM masih tetap dijalankan.

Kursus ini akan dijalankan ke atas 20 orang anggota yang layak. Semasa kursus ini, anggota TKRS akan diajar dan diberikan penilaian terhadap beberapa perkara iaitu kawad kaki, bantu mula, ilmu tali-temali, kecergasan fizikal, pengucapan awam, bacaan dalam solat, masakan dan kemahiran mendiri dan meruntuhkan khemah.

Unit Ko memutuskan untuk menjemput salah seorang daripada pegawai Sekretariat KRS Daerah untuk melaksanakan upacara penutup dan pemakaian pangkat. Walau bagaimanapun, perkara ini masih dalam perbincangan kerana masih menunggu silibus dihabiskan.

Diharap, perancangan untuk melaksanakan kursus ini akan dapat dijalankan nanti dengan jayanya. Kepada semua anggota berpangkat prebet dari kelas tahun 4 dan 5 dicadangkan untuk memohon kursus ini pada tahun hadapan kerana banyak pendedahan yang berguna yang akan dapat diperolehi nanti.