Bahan 1M 1S
Dasar 1Murid 1Sukan |
KONSEP
Dasar 1M 1S adalah program pembangunan sukan di sekolah yang mewajibkan setiap murid dari Tahap 2 di sekolah rendah hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah mengikuti sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan yang dikendalikan secara terancang dan sistematik. Dasar 1M 1S adalah berteraskan kepada prinsip-prinsip asas perkembangan fizikal murid-murid. Justeru itu, Dasar 1M 1S adalah diwujudkan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar
1. Memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif.
2. Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah.
3. Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.
PRINSIP PELAKSANAAN
Pelaksanaan Dasar 1M 1S hendaklah mengambil kira prinsip pelaksanaan berikut;
1. Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yng tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk murid Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah serta Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah.
2. Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kmampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan oleh pihak lain dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah.
3. Asas kepada 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani hendaklah diguna sama bagi program 1M 1S.
4. Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan.
5. Penyertaan dalam sukan adalah asaskepada perkembangan intelek, rohani, jasmani, dan emosi murid.
6. Ibu bapa dan agensi luar / rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah.
7. Setiap sekolah yang sudah pun mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid.
8. Pihak sekolah hendaklah sentiasa mengutamakan keselamtan murid semasa menjalankan aktiviti sukan di sekolah dan di luar sekolah. Segala prosedur dan langkah-langkah keselamatan hendaklah dipatuhi bagi mengelakkan sebarang kemalangan.
OBJEKTIF
Dasar 1M 1S menggariskan objektif jangka panjang dan jangka pendek seperti berikut;
1. Meningkatkan kecergasan jasmani.
2. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni.
3. Memupuk perpaduan di antara kaum.
4. Membentuk budaya sukan di kalangan murid.
5. Memenuhi naluri semulajadi murid agar aktif dari segi fizikal.
6. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal.
7. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.
PROGRAM SUKAN DI SEKOLAH
Program sukan sekolah sepanjang tahun merangkumi sukan untuk semua dan sukan untuk kecemerlangan. Aktiviti sukan yang dicadangkan adalah seperti berikut;
1. Program Sukan Umum - sepanjang tahun
2. Kelab Sukan dan Permainan - sepanjang tahun
3. Pertandingan Dalaman - sepanjang tahun
4. Pertandingan dan Aktiviti Sukan Lain
Aktiviti Latihan Rumah Sukan, Pertandingan Larian, Sukantara dan satu Kelab Sukan dan Permainan adalah wajib bagi setiap pelajar.
PENGURUSAN PELAKSANAAN DI PERINGKAT SK GUA MUSANG
|
ORGANISASI KELAB PERSATUAN/SUKAN
Organisasi kelab sukan permainan perlu distruktur semula agar sistem pengoperasiannya berjalan dengan cara yang berkesan. Langkah ini merupakan latihan awal murid dalam mengurus sesebuah kelab sukan yang mungkin sedikit sebanyak menyamai organisasi sukan di luar.
Sehubungan dengan itu, semua guru penasihat unit beruniform, kelab dan persatuan akademik dan non akademik serta kelab sukan dan permainan dikehendaki mengikut format organisasi yang telah dicadangkan oleh Unit Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia sebagaimana berikut.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan