Laman web Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Gua Musang. Informasi , maklumat mengenai aktiviti-aktiviti kokurikulum dan pengurusan kokurikulum di sekolah.

21 Julai 2010

Pelaksanaan Kokurikulum Di Sekolah

Sebagai sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan, maka pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah wajib.
{Rujuk Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996(Akta 550)}

Kegagalan atau keenganan melaksanakan kegiatan kokurikulum di sekolah adalah suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu tinggit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya {Rujuk Subseksyen 135(1) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)}

dan jika kesalahan itu dilakukan secara berterusan, maka apabila disabitkan sedemikian, seseorang itu dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.
{Rujuk Subseksyen 135(2) Akta 550}

Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib
Sehubungan itu kehadiran pelajar dalam aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan.
(Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1986, KP(BS)8591/jld. 11/(41) bertarikh 15 Januari 1986)