Laman web Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Gua Musang. Informasi , maklumat mengenai aktiviti-aktiviti kokurikulum dan pengurusan kokurikulum di sekolah.

21 Julai 2010

Hari Rabu Pakai Uniform Kokurikulum

Pelaksanaan Pemakaian Uniform Kokurikulum 


Pemakaian Uniform Kokurikulum SK Gua Musang akan mula dilaksanakan pada 21 Julai 2010 esok.

Semua pelajar, dikehendaki memakai pakaian seragam bagi kegiatan kokurikulum unit berunifom / kelab /persatuan / kelab sukan masing-masing pada setiap hari Rabu pada waktu persekolahan. Bagi pelajar yang masih tidak mempunyai uniform lengkap, pelajar berkenaan bolehlah memakai T-Shirt yang melambangkan unit masing-masing. Sekiranya ada pelajar yang masih belum mempunyai T-Shirt berkenaan, maka pelajar boleh memakai uniform sekolah.

Pihak sekolah amat menggalakkan pelajar-pelajar mendapatkan pakaian seragam lengkap seberapa segera secara beransur-ansur agar tidak membebankan ibubapa.

Guru-guru juga dikehendaki memakai uniform rasmi bagi unit yang dipimpin.  Ini berikutan surat pekeliling ikhtisas yang dikeluarkan yang menghendaki semua pelajar dan guru memakai pakaian seragam pada setiap hari Rabu dan sebagaimana arahan Guru Besar dalam mesyuarat Induk Kokurikulum Kali Pertama 2010.

Pelajar-pelajar yang ada pertanyaan, sila hubungi guru penasihat unit (Unit Beruniform / Kelab / Persatuan / Kelab Sukan ) masing-masing.

Untuk maklumat lanjut, ibubapa bolehlah menghubungi Guru Penolong Kanan Kokurikulum pada waktu pejabat melalui telefon.

Ingat murid-murid, sila pakai Pakaian Unit Beruniform YANG LENGKAP  atau T-Shirt Unit Kokurikulum pada setiap hari Rabu sebagai ganti uniform sekolah BUKAN T-Shirt Sukan. 

2 ulasan:

  1. Gambar belum lagi update ni, nanti lepas unit fotografi Unit Ko ada.. kita update.

    BalasPadam