Kursus ini akan dijalankan ke atas 20 orang anggota yang layak. Semasa kursus ini, anggota TKRS akan diajar dan diberikan penilaian terhadap beberapa perkara iaitu kawad kaki, bantu mula, ilmu tali-temali, kecergasan fizikal, pengucapan awam, bacaan dalam solat, masakan dan kemahiran mendiri dan meruntuhkan khemah.
Unit Ko memutuskan untuk menjemput salah seorang daripada pegawai Sekretariat KRS Daerah untuk melaksanakan upacara penutup dan pemakaian pangkat. Walau bagaimanapun, perkara ini masih dalam perbincangan kerana masih menunggu silibus dihabiskan.
Diharap, perancangan untuk melaksanakan kursus ini akan dapat dijalankan nanti dengan jayanya. Kepada semua anggota berpangkat prebet dari kelas tahun 4 dan 5 dicadangkan untuk memohon kursus ini pada tahun hadapan kerana banyak pendedahan yang berguna yang akan dapat diperolehi nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan