Unit Kokurikulum SK Gua Musang

Laman web Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Gua Musang. Informasi , maklumat mengenai aktiviti-aktiviti kokurikulum dan pengurusan kokurikulum di sekolah.

07 Mac 2012

Google+ sebagai alternative kepada Facebook?

Apa yang akan anda buat jika tidak boleh login ke facebook. Selalunya perkara pertama yang saya buat bila buka internet adalah tengok ada apa yang menarik dalam facebook.

Tapi jika  facebook dah tidak boleh masuk, nak ke guna Google+ ? Masalahnya tak ramai rakan  yang ada dalam Google+. Jadi macam mana nak selesai masalah tak boleh login facebook ni. Ada sesiapa boleh bantu untuk log masuk ke facebook?
Google+ Unit Ko SKGM

22 Februari 2012

BIDANG TUGAS GURU PENASIHAT


GURU  PENASIHAT UNIT BERUNIFORM / PERSATUAN / KELAB

i. Menentukan dan menetapkan objektif-objektif persatuan serta menentukan bahawa objektif-objektif tersebut tercapai.
ii. Memastikan Persatuan / Unit Beruniform / Kelab mempunyai perlembagaan.
iii. Bertanggungjawab menasihati, membimbing dan mengawal susunan dan perjalanan persatuan-persatuan yang berkenaan supaya benar-benar teratur dan bergerak.
iv. Membuat rancangan / takwim tahunan, satu aktiviti rutin dan satu aktiviti pembangunan dan menyerahkan satu salinan takwim, aktiviti rutin dan pembangunan tersebut kepada Penolong Kanan Kokurikulum.
v. Mengawal setiap perjumpaan / kegiatan dan menentukan perjumpaan / kegiatan itu sihat dan tidak menyalahi undang-undang.
vi. Menyelia latihan / perjumpaan pada hari yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan mengambil berat terhadap kehadiran ahli.
vii. Menyimpan laporan-laporan setiap mesyuarat/kegiatan/laporan tahunan, senarai nama ahli persatuan, kedatangan ahli dalam Buku Pengurusan Kokurikulum dan menyerahkan buku tersebut kepada Penolong Kanan Kokurikulum untuk disemak pada akhir setiap bulan.
viii. Memastikan ada akaun kewangan sekiranya pengurusan persatuan melibatkan wang serta menyerahkan akaun kewangan kepada Penolong Kanan Kokurikulum untuk disemak pada akhir setiap bulan.
ix. Menguruskan segala urusan surat menyurat melalui Pengetua jika melibatkan gerak kerja luar sekolah seperti mengadakan rombongan / lawatan sambil belajar.
x. Mendapat kebenaran ibu bapa / penjaga untuk sesuatu aktiviti di luar sekolah.
xi. Mengadakan Mesyuarat Agung setahun sekali pada tarikh yang diselaraskan oleh sekolah dan menghantar satu salinan AJK baru kepada Penolong Kanan Kokurikulum.
xii. Menentukan papan-papan kenyataan persatuan digunakan sepenuhnya dan dikemaskinikan.
xiii. Bekerjasama dengan badan-badan lain sama ada di luar atau di dalam sekolah dengan menyertai kegiatan/pertandingan yang sihat.
xiv. Menghadiri mesyuarat / taklimat / kursus jika dikehendaki.
xv. Menjadi jurulatih Unit Beruniform setakat mana yang boleh. Guru Penasihat hendaklah mendapat persetujuan Guru Besar sekiranya memerlukan jurulatih luar atau jurulatih luar yang memerlukan bayaran.
xvi. Menyelenggarakan rekod simpanan peralatan yang dikehendaki.
xvii. Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

Tugas Setiausaha Sukan


SETIAUSAHA SUKAN

i. Mengatur rancangan / jadual sukan sekolah sesuai dengan rancangan MSSD, MSSK dan MSSM sepanjang tahun.

ii. Mengagihkan pelajar mengikut Rumah Sukan.

iii. Membantu Guru Besar menetapkan Ketua Guru Rumah Sukan dan guru rumah sukan lain.

iv. Menyelaraskan kegiatan, latihan dan pertandingan antara rumah, antara jurusan dan antara sekolah supaya sesuai dengan masa, hari dan tempat.

v. Membantu Guru Besar membahagikan tugas sukan kepada guru-guru.

vi. Menentukan gelanggang sukan dan padang permainan mengikut ukuran yang betul.

vii. Mengatur rancangan untuk Kejohanan Olahraga Tahunan sekolah.

viii. Membantu Guru Besar menyediakan anggaran perbelanjaan sukan untuk Sukan Tahunan berkenaan.

ix. Menyelaras penyertaan sekolah dalam kegiatan-kegiatan sukan yang dianjurkan oleh badan-badan sukan yang lain.

x. Mengawal dan menjaga alat sukan supaya sentiasa dalam keadaan baik.

xi. Mengemas kini Buku Stok Sukan.

xii. Mengaturkan pengangkutan untuk pasukan sukan sekolah sekiranya perlu.

xiii. Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang patut dibeli dan diperbaiki oleh sekolah mengikut keutamaannya.

xiv. Menyediakan laporan Sukan Tahunan.

xv. Mencadangkan Olahragawan dan Olahragawati sekolah.

xvi. Mencadangkan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi sukan sekolah.

xvii. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.