Laman web Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Gua Musang. Informasi , maklumat mengenai aktiviti-aktiviti kokurikulum dan pengurusan kokurikulum di sekolah.

22 Februari 2012

BIDANG TUGAS PENYELARAS


PENYELARAS UNIT BERUNIFORM / KELAB / PERSATUAN

i. Membantu Penolong Kanan Kokurikulum dalam semua perkara yang  berkaitan dengan persatuan dan kelab sekolah.
ii. Memastikan bahawa objektif persatuan / kelab sekolah selaras dengan objektif sekolah dan memastikan objektif-objektif tersebut tercapai.
iii. Membantu Guru Penasihat persatuan / kelab sekolah mengatur aktiviti persatuan / kelab sekolah sepanjang tahun.
iv. Menggalakkan pelajar-pelajar menjadi ahli persatuan / kelab sekolah dan menyimpan rekod butiran ahli dalam Borang Pendaftaran Persatuan / Kelab.
v. Memastikan setiap persatuan / kelab mempunyai Peraturan / Perlembagaan masing-masing.
vi. Memastikan Mesyuarat Agung Tahunan dijalankan setiap tahun.
vii. Memastikan Guru Penasihat Persatuan / Kelab menyimpan rekod Laporan Minit Mesyuarat / Kegiatan dalam Buku Laporan mengikut format berikut:

a) Tarikh / masa
b) Tempat
c) Kehadiran guru
d) Kehadiran ahli
e) Minit Mesyuarat / Laporan Kegiatan
f) Hal-hal lain

viii. Memastikan ada buku kira-kira wang keluar-masuk sekiranya persatuan / kelab tersebut melibatkan wang.
ix. Mengawasi setiap perjumpaan / kegiatan dan menentukan bahawa setiap perjumpaan dan kegiatan tersebut adalah sihat dan tidak menyalahi undang-undang.
x. Melaksanakan peraturan sekolah mengikut arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa seperti pakaian dan penggunaan harta benda sekolah.
xi. Bekerjasama dengan Guru Penasihat badan-badan lain di dalam atau di luar dengan menyertai kegiatan-kegiatan atau pertandingan yang sihat sekiranya dijemput berbuat demikian.
xii. Bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjayakan aktiviti-aktiviti sekolah seperti Hari Kejohanan Olahraga Tahunan, Hari Terbuka, Hari Guru dan lain-lain.
xiii. Memastikan papan kenyataan persatuan / kelab digunakan, dihias dan maklumat-maklumatnya kemaskini.
xiv. Memastikan tidak ada unsur-unsur negatif disebar atau tersebar di kalangan ahli-ahli persatuan / kelab.
xv. Memberi pangkat-pangkat kepada ahli-ahli Unit Beruniform berdasarkan kepada:

a) Kewibawaan sebagai Pemimpin
b) Keputusan dan pencapaiannya dalam ujian amali dan bertulis
c) Pengalaman dan tempoh seseorang ahli itu menyertai Unit.

xvi. Memastikan bilik Unit Beruniform / Persatuan / Kelab sentiasa dalam keadaan bersih, tersusun dan digunakan dengan sepenuhnya.
xvii. Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan