Laman web Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Gua Musang. Informasi , maklumat mengenai aktiviti-aktiviti kokurikulum dan pengurusan kokurikulum di sekolah.

22 Februari 2012

BIDANG TUGAS GPK KOKURIKULUM


BIDANG TUGAS GPK KOKURIKULUM


1.  Bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan.
2.  Bertanggungjawab bagi melicinkan pentadbiran, mempertingkatkan kebajikan murid, aktiviti kokurikulum dan penerapan nilai-nilai murni.

BIDANG TUGAS


 i. Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran dan HEM.ii. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.iii. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam semua aspek pengurusan kokurikulum.iv. Menyelia dan menilai aktiviti kokurikulum di sekolah.v. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

SENARAI TUGAS

A. KOKURIKULUM


1. Persatuan dan Kelab
i. Merancang kegiatan Persatuan dan Kelab
ii. Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan Persatuan dan Kelab.
iii. Menyelia kegiatan Persatuan dan Kelab.
iv. Menyelaras aktiviti-aktiviti Persatuan dan Kelab di dalam dan di luar sekolah.

2. Pasukan Pakaian Seragam
i. Merancang kegiatan Pasukan Pakaian Seragam.
ii. Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan Pasukan Pakaian Seragam.
iii. Menyelia kegiatan Pasukan Pakaian Seragam.
iv. Menyelaras aktiviti-aktiviti Pasukan Pakaian Seragam di dalam dan di luar sekolah.

3. Kelab Sukan dan Permainan
i. Merancang kegiatan Kelab Sukan dan Permainan.
ii. Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan Kelab Sukan dan Permainan.
iii. Menyelia kegiatan Kelab Sukan dan Permainan.
iv. Menyelaras aktiviti-aktiviti Kelab Sukan dan Permainan di dalam dan di luar sekolah.

B. PENTADBIRAN


i. Menyelaraskan proses penubuhan kelab dan persatuan sebagaimana mengikut Peraturan (4) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21 hb Mei 1998.
ii. Menyusun, menyelaras dan memantau takwim kegiatan kokurikulum sekolah. 
iii. Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum. 
iv. Memastikan langkah-langkah keselamatan dalam kegiatan kokurikulum telah diambil. 
v. Membantu dalam segala jenis penerbitan sekolah dalam hal kokurikulum. 
vi. Bertanggungjawab mengenai lawatan-lawatan anjuran pihak sekolah dengan mematuhi Peraturan (Melancong) Sekolah 1957. 
vii. Menyelaras hari-hari perayaan dan upacara sekolah (seperti Hari Kokurikulum Sekolah) 
viii. Menyelaras pembahagian murid-murid ke dalam kegiatan kokurikulum serta meningkatkan tahap pencapaian. 
ix. Menguruskan alatan dan kemudahan untuk kegiatan kokurikulum. 
x. Memastikan rekod dan data kokurikulum diselenggarakan dan dihantar sesalinan ke Pejabat Pelajaran Daerah dan Pejabat Pelajaran Kelantan.
xi. Menguruskan kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam bidang berhubung dengan kokurikulum. 
xii. Mengenal pasti guru-guru dan murid-murid yang berpotensi dalam kegiatan kokurikulum dan mengadakan latihan untuk mereka. 
xiii. Menyelaras pungutan, pembayaran dan tuntutan Skim Takaful Malaysia Berhad. 
xiv. Merancang aktiviti kokurikulum untuk murid-murid selepas peperiksaan dan semasa cuti sekolah.

C. TUGAS-TUGAS LAIN 


i) Menganggotai Jawatan-Jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa. 
ii) Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan