Laman web Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Gua Musang. Informasi , maklumat mengenai aktiviti-aktiviti kokurikulum dan pengurusan kokurikulum di sekolah.

28 Januari 2012

Aktiviti kokurikulum 2012


Salam 1 Malaysia.

Aktiviti kokurikulum untuk tahun ini akan diadakan seperti tahun lepas. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perubahan dari segi masa perjumpaan mingguan.  Jika tahun lepas kita bermula pada jam 3.30 petang, pada tahun 2012 ini perjumpaan akan bermula pada jam 3.00 dan berakhir pada jam 5.00 petang. Ini adalah untuk memberi ruang kepada aktiviti sukan dibawah Program NKRA kementerian iaitu Kelab Sukan 1 Murid 1 Sukan (1M1S)

Jadual terkini perjumpaan mingguan untuk unit-unit kokurikulum adalah seperti berikut:

Hari : Setiap hari Rabu

Masa: 3.00 - 5.00 petang.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah berhubung dengan Penolong Kanan Kokurikulum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan